Kami langsung tidak berpeluang untuk mendapat tempat duduk kerana kesemuanya telah penuh. Oleh itu, kami terpaksa berpuas hati dengan hanya duduk bersila di bahagian laluan belakang zon berkerusi stadium.
Selama waktu menunggu perlawanan bermula, tindak-tanduk penyokong yang mewarnai keseluruhan Piala Malaysia begitu menarik perhatian saya. Ada yang menari-nari mengikut rentak irama yang dimainkan pancaragam, membuat gelombang manusia dan juga bercakap-cakap akan harapan kemenangan buat pasukan Kijang.
Saya ketawa terkekek-kekek setiap kali mendengar celoteh anak-anak muda yang tentu dialeknya sangat mencuit hati. :) Antara yang tidak boleh dilupakan, budak lelaki yang memakai kemeja T bertulisan RED WARRIOR ini dengan penuh syahdu berkata:
“Abe, abe.. maing molek male ni neh.. Jauh ambo maghi ni… kheto api selle air doh semale di Manek Ugha. Mujo sapa kolupo ni.”
(Abang, Abang main elok-elok malam ni ya. Jauh saya datang ni. Keretapi sudah tenggelam dalam air di Manek Urai. Nasib baik sampai ke Kuala Lumpur). Kebetulan pula Kelantan dilanda banjir sewaktu itu.
Permainan skuad Kijang begitu ketara pincangnya di sepanjang masa perlawanan. Setelah tamat waktu rehat separuh masa pertama, Harris dan saya berkira-kira untuk keluar awal sedikit sebelum tamat waktu keseluruhan permainan. Ini kerana kami tidak mahu berebut-rebut untuk menaiki tren.
Sebaik gol ketiga melepasi gawang Kelantan dan penyokong Hobin Jang Hobin pula meneriak Gomo Kelate Gomo sebagai sindiran, penyokong-penyokong ‘setia’ the red warrior mula naik angin dan berpusu-pusu keluar dari stadium. Harris juga mengajak saya untuk keluar sama. Saya yang pada mulanya berniat untuk keluar awal, tidak selesa pula memikirkan untuk ‘meninggalkan’ pemain-pemain yang masih bertungkus-lumus di padang. Ini kerana saya sendiri pernah berada di atas padang dalam keadaan sebegitu dan ia bukanlah satu perasaan yang seronok ditinggalkan oleh penyokong ketika waktu perlawanan masih berbaki.
Harris menyedarkan saya supaya tidak terlalu sentimental kerana ‘penyokong-penyokong’ yang tinggal bukan lagi berminat untuk menonton perlawanan sebaliknya mula bertindak di luar kawalan dan mungkin mengundang bahaya. Saya terpaksa bersetuju dengan pandangannya. Seperti anak kecil, Harris memimpin seolah-olah mengheret tangan saya dan berjalan dengan pantas menuruni anak-anak tangga stadium yang bagaikan anak tangga Batu Caves, meredah pusuan manusia tanpa sedikit pun menoleh ke belakang atau memperlahankan langkahnya yang sudah tentu lebih panjang daripada langkah saya. Sepanjang langkahan deras ke stesen tren kedengaran suara teriakan “
Bakar lrt. bakar lrt, bakar lrt, bakar lrt……..” berulang-ulang kali. Saya teramat teringin untuk berhenti berjalan sejenak dan duduk di suatu penjuru untuk melihat gelagat manusia, tetapi dihalang oleh Harris.
He and his renown statement : “Don’t take the risk, this is not covered in our life insuance.”
Harris sebetulnya seseorang yang sangat ‘cool’ berbanding saya, tetapi dalam hal sebegini dia sangat berhati-hati dan jarang sekali melibatkan diri. Jauh bezanya dengan saya yang amat
curious untuk ambil pusing. He he he.
Sesampai di stesen tren, kedengaran kuat bunyi dentingan besi waja berlaga dengan lantai konkrit. Harris mengatakan kepada saya : “
Ha! Kan abang dah cakap!!! It’s about to get started”. Agakan saya itu adalah bunyi jatuh pengadang sementara berupa tiang besi dengan rantai plastik yang selalunya digunakan untuk mengepung sesuatu kawasan atau membuat lorong barisan yang dapat dilihat di bank-bank dsb.
Saya tidak dapat menahan keinginan untuk menoleh tetapi Harris lekas-lekas menarik saya masuk melepasi stesen tren.
Tren pertama tiba dan kami terus menaikinya untuk pulang ke rumah. Semasa di dalam tren saya menerima panggilan telefon daripada sepupu saya, Rafi yang juga pergi menonton perlawanan tersebut tetapi secara berasingan. Dia bertanyakan dan memberitahu saya : “
Kak Yanti kat mana ? Dalam stadium dah start bakar kerusi ni……”
Dalam hati saya berkata : tak heran la… ini penyokong Kelantan……………semangat gila dia lain sikit.
Saya tumpang bangga jika dikatakan orang-orang Kelantan mempunyai semangat kenegerian yang sangat tinggi kerana ia menujukkan kemuafakatan walaupun saya tidak kategorikan diri saya sebagai salah seorang yang begitu. Namun saya sangat JIJIK melihat tindak-tanduk vandalisme yang ditunjukkan anak-anak Kelantan di atas nama semangat kenegerian. Betul ke tak betul kepala-hotak ni?
Perbuatan membuang sampah merata-rata mungkin perkara normal bagi penduduk Malaysia secara am pada masa seperti perlawanan bola sepak sebegini.
Tetapi bagi saya yang sanggup menyimpan lampin pakai buang anak yang telah digunakan di dalam beg tangan atau tisu yang telah digunakan di lantai kereta kerana tidak menjumpai tong sampah dan tidak sanggup meninggalkannya sewenang-wenang, saya tidak faham kenapa Kelantanese yang begitu mendokong ajaran Islam dapat membuang begitu banyak sampah di seluruh kawasan stadium.
Saya dengan yakin dapat mengatakan saya bukan orang yang menyumbang kepada sampah-sampah tersebut walau sekecil bungkusan gula-gula, tambahan pula saya memang tidak gemar akan gula-gula.
Untuk kesekian kali saya terfikir – Kelantan memanglah antara negeri yang tercorot dalam bab-bab kebersihan pada pandangan saya.
It is a shameful thing, I would say.
*
Saya mungkin akan dilarang memasuki negeri sendiri selepas tulisan ini dipos*
Saya dan Harris mengutarakan pendapat masing-masing secara analitikal kenapa adanya penyokong Kelantan extrimis yang bertindak sedemikian rupa walaupun mugkin hanya segelintir daripada kami. Ini kerana secara relatif, penyokong negeri lain pun sepatutnya ada segelintir penyokong yang sebegini jika tindak-tanduk vandalisme penyokong Kelantan itu adalah sesuatu yang normal, tetapi jarang-jarang pula terjadi. (Salah jika dikatakan tiada langsung terjadi bagi penyokong negeri-negeri lain)
Usah diragu kenapa kami laki-bini suka membicarakan hal-hal sedikit ilmiah sebegini kerana perkara yang sama juga diteliti oleh pihak berwajib bagi penyokong bolasepak England yang kita sedia maklum mempunyai perangai yang buruk berbanding negara-negara Eropah lain.
Banyak yang kami bahaskan. Namun, bagi tujuan penulisan ini, saya simpulkan 2 perkara :
1. Spesifik kepada perbuatan membakar dan membaling mercun di dalam stadium adalah, medium tersebut amat mudah diperolehi di Kelantan. Mungkin disebabkan faktor geografi yang berjiran dengan Thailand. Mercun adalah sesuatu yang ‘biasa’ di Kelantan dan penggunaannya amat meluas tanpa banyak halangan dari pihak berkuasa atau ibu bapa. Malah ibu bapa turut serta dalam perang mercun di musim raya. Saya tidak menunding jari kepada sesiapa kerana keluarga saya sendiri terlibat sama iaitu sukakan mercun di waktu raya. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tentunya tidak membawa perasaan bersalah atau takut untuk dilakukan. Entah-entah saudara-mara saya turut terlibat sama dalam acara membaling mercun dalam stadium. Ya, saya memang bukan golongan yang nampak di seberang tanpa melihat diri sendiri di dalam cermin.
2. Ini pula adalah “
solely my opinion” – Saya rasakan penyokong Kelantan menganggap perlakuan vandalisme adalah suatu bentuk hiburan. Bola sepak sendiri adalah hiburan yang diterima ramai di Kelantan. Oleh itu, membesar-besarkan agenda Bola sepak adalah sesuatu yang menggembirakan. Maka tercetuslah idea-idea untuk menarik perhatian spesifik ketika perlawanan bola sepak dengan perlakuan buruk itu kerana hanya duduk menonton tidaklah begitu seronok. Di kala ini, anak-anak muda yang energetik ingin meluahkan ekspresi diri masing-masing. Silap mereka hanyalah ia diluahkan dengan cara yang jijik.
Namun, sila lihat di Kelantan, apakah hiburan yang sesuai untuk remaja disediakan? Hiburan bukan sekadar tempat-tempat judi, karaoke atau panggung wayang tetapi mempunyai maksud yang luas mengikut intepretasi tertentu. Hiburan yang melibatkan aktiviti-aktiviti sihat adalah satu cara untuk meningkatkan jati diri. Saya pernah diberitahu mengenai pertandingan penguasaan kenderaan pacuan empat roda, pertandingan go-cart di Kelantan, tetapi berapa ramailah yang boleh menyertainya. Di Kelantan, usah bercerita pasal “
theme park” walau sesederhana Lost World of Tambun Water Park (Ipoh), padang permainan kanak-kanak yang
decent pun sukar ditemui.
Zaman kanak-kanak saya yang indah adalah di Kg Lundang, Kelantan. Saya amat bangga dengan tempat saya membesar walaupun ketika itu kami juga tiada taman permainan. Dahulu kami dapat bermain di bawah rumah yang bertiang tinggi, menyelinap di kebun-kebun getah mencari biji getah, meraduk lopak-lopak air menangkap berudu, memanjat pokok-pokok jambu batu dan pelbagai lagi. Tetapi zaman telah jauh berubah. Jelas sekali saya tidak dapat bayangkan untuk membesarkan anak sendiri di sana tanpa “
play-park areas” seperti yang saya dan anak sekarang nikmati.
*
Ini satu lagi kenyataan yang memungkinkan saya dilarang memasuki negeri sendiri dengan gambar-gambar poster muka saya dipangkah besar dan digantung di setiap jalan masuk ke Kelantan !*
Saya berharap kita sedar, program keagamaan sahaja tidak mencukupi untuk perisian masa buat remaja. Saya tidak katakan program keagamaan itu tidak baik tetapi sekiranya kita berjaya membentuk sahsiah dan jati diri remaja dengan hanya program keagamaan, tanggungjawab ibu bapa dan pihak bertanggung jawab tentulah sesuatu yang sangat mudah. Berpijaklah di dunia nyata. Program masjid bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterapkan bagi golongan remaja, walaupun kita amat berharap untuk itu terjadi.
Hendak tak hendak, kita harus melihat potensi pendekatan lain contohnya
extreme sports yang memang mengikut naluri remaja. Atau sekurang-kurangnya anjuran
rat race, independent summer camps, paintballs, kayaking…. Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan.
Objektifnya adalah sangat ringkas, supaya ramai di antara kita dapat melihat perbuatan vandalisme bukanlah suatu perbuatan yang hebat kerana terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dieksplorasi.
Dengan ini, tamatlah sudah siri Piala Malaysia tulisan saya :)