DRESSES

Sunday, November 15, 2009

Piala Malaysia 09 - my experience : So many of us

The red warriors telah tewas di kaki anak-anak tambatan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan pada dua Sabtu lepas di Stadium Bukit Jalil. Pasukan Hobin Jang Hobin nampaknya telah bermain dengan lebih baik. Walaupun di kala saya menulis pos ini pelbagai cerita kedengaran kenapa skuad Kijang tidak bermain dengan baik pada malam tersebut, sebagai seorang yang sangat meminati Sukan, saya sentiasa percaya “Best team deserves to win”.

Perasaan saya begitu berbelah bahagi untuk bersama-sama pergi menyemarakkan suasana Stadium Bukit Jalil bagi menyokong pasukan bolasepak negeri saya yang telah kesekian 39 tahun tidak dapat memasuki peringkat akhir Piala Malaysia.
Pertamanya, saya tidak pasti jika saya pergi menonton perlawanan tersebut perlukah saya membawa sekali Si Kecil Embun. Tidak sampai hati untuk ditinggalkan tetapi dalam masa yang sama begitu was-was dengan keselamatan di stadium yang saya pasti akan dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia.

Keduanya, memang benar saya seorang peminat Sukan… segala jenis sukan tetapi Bolasepak agak tidak menarik perhatian saya. Secara jujur : “I only watch World Cup for football, not even EPL”, pergh… itulah kenyataan berlagak saya.
Oleh itu, saya kurang kenal dengan pemain-pemain bolasepak liga kebangsaan kecuali yang ada skandal atau gosip-gosip hangat dengan artis-artis tempatan dan cerita-ceritanya seringkali keluar di akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Pancaindera. :P. Contohnya, yang kahwin lari di Siam.

Saya diyakinkan oleh ibu saudara, Cik Ra supaya tidak membawa Si Kecil Embun dengan kata-katanya – “Ish…. Tok soh laaaaah bawok Nada, awok tahula penyokong Kelate.. jenih palo anging-anging belako. Kalu jadi gapo-gapo gak mudoh sikik kito nok laghi ko… teghejung ko…” bermaksud – “Ish… jangan bawa Nada, awak tahukan (karakter) penyokong Kelatan, jenis kepala angin semuanya. Kalau terjadi sesuatu (yang tidak elok) mudah sikit, nak lari ke … terjun ke…”

Ia diputuskan – ya, saya tidak membawa Si Kecil Embun ke stadium. Jika diingatkan, saya memang jarang benar meninggalkan Si Kecil Embun jika hendak kemana-mana kecuali bekerja waima kepada neneknya sendiri. Saya fikir sehingga umurnya hampir dua tahun ini, tidak sampai kiraan jari yang sebelah tangan dia ditinggalkan. Saya tidak betah memikirkan orang lain akan terpaksa bersusah menjaga anak kesayangan ketika saya bersuka-ria kecuali orang tersebut dibayar atau dibalas secara berpada.

Perjalanan ke stadium sangat menyeronokkan apabila saya dan Harris memilih untuk menaiki sistem transit aliran ringan STAR. Sesampainya kami di stesen Ampang, kegembiraan mula dirasai dengan hanya melihat ramai yang memakai baju berwarna merah dan bercakap di dalam dialek yang begitu sedap di halwa telinga saya. “Gu gak naik gha, ‘jadi!”


Kami ketika menunggu tren, terpaksa beralah kerana sangat padat dengan sengaja membiarkan beberapa tren lebih awal berlalu pergi.

Apabila gerabak STAR yang menuju ke Sri Petaling tiba, sorakan WWWWOOOOO bergema seolah-olah ucap selamat di antara yang berada di dalam gerabak dan di atas platform kerana rata-ratanya berbaju merah menandakan “KITA DARI KAPAL YANG SAMA”.

Tren yang sesak seperti waktu puncak di hari-hari bekerja

Ya, saya memang suka diambil gambar... walaupun dalam tren yang bagaikan tin dipenuhi makerel.

Meriah suasana di stesen-stesen STAR sudah tentu tiada tandingan dengan suasana di sekitar stadium. Saya terpesona kerana dari dalam tren sudah kelihatan betapa ramainya “set-set” penyokong skuad Gomo Kelate Gomo yang kelihatan bagai semut merah menghurungi gula batu.

Saya tidak berbaju merah, begitu juga pasangan saya..........

Ulat-ulat yang menjual tiket secara “pasaran gelap” menyambut kedatangan kami. Tiket berharga RM 20 dijual RM 50 ~ 60, yang mana sejam sebelum perlawanan bermula dijual pada harga RM 5!
Dalam keghairahan yang hadir untuk menonton perlawanan bolasepak, saya kagum pada yang mengambil kesempatan untuk berniaga, seperti Bangla di belakang saya di dalam foto ini!


Harris berkeras untuk tidak membazirkan RM 1 duitnya, walaupun saya bersunguh-sungguh meminta dibelikan kain lilit kepala. Saya lagi-lagi lah tidak ingin membazirkan RM 1 duit saya sendiri. Betapa kedekutnya kami berdua! Walau demikian, kami tidak lupa membeli untuk Si Kecil Embun sehelai kemeja T putih dengan nombor 23 berharga RM 15 sebagai cenderahati walaupun ia sebenarnya adalah untuk merawat rasahati yang bersalah. :)

.........bersambung...

2 comments:

Nurul Hanim said...

huawaa..x abis lagi pasal Piala Malaysia. Sis, abiskan cerita cepat2 yer..x sabar nak tau apa sebenarnya berlaku kat sana..terutamanya..penyokong2 pasukan kite...

whm6840 said...

he he cik nurul, rupa-rupanya sis juga begitu concern dgn perihal Piala Malaysia sehingga ditulis cerita dalam blog. Baru baca daaa.

Anyway, panjang lagi cerita.. Ini baru prolog. Kah kah kah. :)