Tuesday, June 5, 2012
Baju Kaftan
Monday, February 14, 2011
Mok, My Hometown
Monday, May 31, 2010
Kota Bharu and I
We are on our way back to KL after a short trip to beloved home town. I persuaded Harris for a night stay over here with me giving reason that he has to attend for a site inspection. Co-incidentally, he has an ongoing project in Kuantan. Yea..yea…yea… I am always his unofficial boss what !
Well in a more serious mode, he really needs a follow-up inspection after last Thursday’s inspection anyway. I just made it more assured.
I had been postponing for my balik kampong trip since 2 months back. There were always matter(s) that came up which didn’t allow me to do so. Not until last week and after long fought with my boss.
Dew and I took a flight on Wednesday night which later was followed by Harris the next day after his site visit, yes,, here in Kuantan.
My mami’s house is merely 10minutes away from Kota Bharu Airport and I was supposed to contact any of my family members to fetch us once we arrived. I didn’t and instead, decided to opt for a cab to ferry us home from airport. No..no..no, of course I didn’t tell Harris until I did so. Kalau tak.. sure tak boleh punya. Kalau dah buat, then he has nothing to say… except to accept that he has a stubborn wife. Whee hee hee.
It has been long since the last event that I hop on a cab in KB. I always have this uneasy feeling of KB cab drivers. Please don’t get me wrong especially those whom are associated with cab drivers, be it you are the cab driver, or your father or mother or brother or anyone you know, I do not mean bad.
Those days, when I was small and at the time I accompanied my mami to town, we would take a cab or we call it kegheto sewo. The drivers that I encountered always wanting to know and had a gelenya way of asking my mami whom is a single parent if she had a husband like :
I may be was a young kid but I did understand and was able to read between the lines. I detested the gelenyaness for ever! Like, for your own sake… Do you have to ask the questions?... I don’t remember my mami answering any of those.
Here now, Nada and I experiencing the cab ride the way my mami and I did years ago. Two females with no male guardian. I swear if I ever being asked the question, I’m gonna switch on my hand phone recorder, record the ‘conversation’ and make a police report for sexual harassment case!
Allahamdulillah, my ‘fear’ was groundless may be at least to KB Airport cab drivers. May be also I am not as beautiful as my mami.
The man was polite to me. I gave him the ticket indicating my destination and he requested me if I could help to fold Dew’s pushchair for he’s not familiar with it. Yeah, I don’t mind. He asked me if we were on a ‘balik kampong’ trip and I answered with a short one. He seemed to understand and respected that I didn’t want for any long conversation. The cab is clean and smell fresh. Better than our own sedan. It was a safe ride home……, only then I realized why was I really wanting to hitch a cab.
I want to face my ‘fear’ and hoping for my daughter not to have to go through the bad experience I had.
oh... how i love this cutie pie.
That’s a little sour experience of mine, I carried for so long……… I just want to share.
On the other hand, I also want to share this wonderful activity for many Kelantanese, especially whom reside in KB, I witnessed ever since I was a small child. I want to believe whoever that had gone trough the cupid love phase of their life in KB, surely had experienced this activity for a date. I did !
…. Lepak tepi pagar airport tengok kapal terbang turun dan naik. Muakakakakakakaaka. It is so festive, isn’t it?
Thursday, January 7, 2010
Piala Malaysia 09 - my experience : As expected
Selama waktu menunggu perlawanan bermula, tindak-tanduk penyokong yang mewarnai keseluruhan Piala Malaysia begitu menarik perhatian saya. Ada yang menari-nari mengikut rentak irama yang dimainkan pancaragam, membuat gelombang manusia dan juga bercakap-cakap akan harapan kemenangan buat pasukan Kijang.
Saya ketawa terkekek-kekek setiap kali mendengar celoteh anak-anak muda yang tentu dialeknya sangat mencuit hati. :) Antara yang tidak boleh dilupakan, budak lelaki yang memakai kemeja T bertulisan RED WARRIOR ini dengan penuh syahdu berkata:
“Abe, abe.. maing molek male ni neh.. Jauh ambo maghi ni… kheto api selle air doh semale di Manek Ugha. Mujo sapa kolupo ni.”
(Abang, Abang main elok-elok malam ni ya. Jauh saya datang ni. Keretapi sudah tenggelam dalam air di Manek Urai. Nasib baik sampai ke Kuala Lumpur). Kebetulan pula Kelantan dilanda banjir sewaktu itu.
Sebaik gol ketiga melepasi gawang Kelantan dan penyokong Hobin Jang Hobin pula meneriak Gomo Kelate Gomo sebagai sindiran, penyokong-penyokong ‘setia’ the red warrior mula naik angin dan berpusu-pusu keluar dari stadium. Harris juga mengajak saya untuk keluar sama. Saya yang pada mulanya berniat untuk keluar awal, tidak selesa pula memikirkan untuk ‘meninggalkan’ pemain-pemain yang masih bertungkus-lumus di padang. Ini kerana saya sendiri pernah berada di atas padang dalam keadaan sebegitu dan ia bukanlah satu perasaan yang seronok ditinggalkan oleh penyokong ketika waktu perlawanan masih berbaki.
Harris menyedarkan saya supaya tidak terlalu sentimental kerana ‘penyokong-penyokong’ yang tinggal bukan lagi berminat untuk menonton perlawanan sebaliknya mula bertindak di luar kawalan dan mungkin mengundang bahaya. Saya terpaksa bersetuju dengan pandangannya. Seperti anak kecil, Harris memimpin seolah-olah mengheret tangan saya dan berjalan dengan pantas menuruni anak-anak tangga stadium yang bagaikan anak tangga Batu Caves, meredah pusuan manusia tanpa sedikit pun menoleh ke belakang atau memperlahankan langkahnya yang sudah tentu lebih panjang daripada langkah saya. Sepanjang langkahan deras ke stesen tren kedengaran suara teriakan “Bakar lrt. bakar lrt, bakar lrt, bakar lrt……..” berulang-ulang kali. Saya teramat teringin untuk berhenti berjalan sejenak dan duduk di suatu penjuru untuk melihat gelagat manusia, tetapi dihalang oleh Harris.
He and his renown statement : “Don’t take the risk, this is not covered in our life insuance.”
Harris sebetulnya seseorang yang sangat ‘cool’ berbanding saya, tetapi dalam hal sebegini dia sangat berhati-hati dan jarang sekali melibatkan diri. Jauh bezanya dengan saya yang amat curious untuk ambil pusing. He he he.
Sesampai di stesen tren, kedengaran kuat bunyi dentingan besi waja berlaga dengan lantai konkrit. Harris mengatakan kepada saya : “Ha! Kan abang dah cakap!!! It’s about to get started”. Agakan saya itu adalah bunyi jatuh pengadang sementara berupa tiang besi dengan rantai plastik yang selalunya digunakan untuk mengepung sesuatu kawasan atau membuat lorong barisan yang dapat dilihat di bank-bank dsb.
Saya tidak dapat menahan keinginan untuk menoleh tetapi Harris lekas-lekas menarik saya masuk melepasi stesen tren.
Tren pertama tiba dan kami terus menaikinya untuk pulang ke rumah. Semasa di dalam tren saya menerima panggilan telefon daripada sepupu saya, Rafi yang juga pergi menonton perlawanan tersebut tetapi secara berasingan. Dia bertanyakan dan memberitahu saya : “Kak Yanti kat mana ? Dalam stadium dah start bakar kerusi ni……”
Dalam hati saya berkata : tak heran la… ini penyokong Kelantan……………semangat gila dia lain sikit.
Saya tumpang bangga jika dikatakan orang-orang Kelantan mempunyai semangat kenegerian yang sangat tinggi kerana ia menujukkan kemuafakatan walaupun saya tidak kategorikan diri saya sebagai salah seorang yang begitu. Namun saya sangat JIJIK melihat tindak-tanduk vandalisme yang ditunjukkan anak-anak Kelantan di atas nama semangat kenegerian. Betul ke tak betul kepala-hotak ni?
Perbuatan membuang sampah merata-rata mungkin perkara normal bagi penduduk Malaysia secara am pada masa seperti perlawanan bola sepak sebegini.
Tetapi bagi saya yang sanggup menyimpan lampin pakai buang anak yang telah digunakan di dalam beg tangan atau tisu yang telah digunakan di lantai kereta kerana tidak menjumpai tong sampah dan tidak sanggup meninggalkannya sewenang-wenang, saya tidak faham kenapa Kelantanese yang begitu mendokong ajaran Islam dapat membuang begitu banyak sampah di seluruh kawasan stadium.
Saya dengan yakin dapat mengatakan saya bukan orang yang menyumbang kepada sampah-sampah tersebut walau sekecil bungkusan gula-gula, tambahan pula saya memang tidak gemar akan gula-gula.
Untuk kesekian kali saya terfikir – Kelantan memanglah antara negeri yang tercorot dalam bab-bab kebersihan pada pandangan saya. It is a shameful thing, I would say.
*Saya mungkin akan dilarang memasuki negeri sendiri selepas tulisan ini dipos*
Saya dan Harris mengutarakan pendapat masing-masing secara analitikal kenapa adanya penyokong Kelantan extrimis yang bertindak sedemikian rupa walaupun mugkin hanya segelintir daripada kami. Ini kerana secara relatif, penyokong negeri lain pun sepatutnya ada segelintir penyokong yang sebegini jika tindak-tanduk vandalisme penyokong Kelantan itu adalah sesuatu yang normal, tetapi jarang-jarang pula terjadi. (Salah jika dikatakan tiada langsung terjadi bagi penyokong negeri-negeri lain)
Usah diragu kenapa kami laki-bini suka membicarakan hal-hal sedikit ilmiah sebegini kerana perkara yang sama juga diteliti oleh pihak berwajib bagi penyokong bolasepak England yang kita sedia maklum mempunyai perangai yang buruk berbanding negara-negara Eropah lain.
Banyak yang kami bahaskan. Namun, bagi tujuan penulisan ini, saya simpulkan 2 perkara :
1. Spesifik kepada perbuatan membakar dan membaling mercun di dalam stadium adalah, medium tersebut amat mudah diperolehi di Kelantan. Mungkin disebabkan faktor geografi yang berjiran dengan Thailand. Mercun adalah sesuatu yang ‘biasa’ di Kelantan dan penggunaannya amat meluas tanpa banyak halangan dari pihak berkuasa atau ibu bapa. Malah ibu bapa turut serta dalam perang mercun di musim raya. Saya tidak menunding jari kepada sesiapa kerana keluarga saya sendiri terlibat sama iaitu sukakan mercun di waktu raya. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tentunya tidak membawa perasaan bersalah atau takut untuk dilakukan. Entah-entah saudara-mara saya turut terlibat sama dalam acara membaling mercun dalam stadium. Ya, saya memang bukan golongan yang nampak di seberang tanpa melihat diri sendiri di dalam cermin.
2. Ini pula adalah “solely my opinion” – Saya rasakan penyokong Kelantan menganggap perlakuan vandalisme adalah suatu bentuk hiburan. Bola sepak sendiri adalah hiburan yang diterima ramai di Kelantan. Oleh itu, membesar-besarkan agenda Bola sepak adalah sesuatu yang menggembirakan. Maka tercetuslah idea-idea untuk menarik perhatian spesifik ketika perlawanan bola sepak dengan perlakuan buruk itu kerana hanya duduk menonton tidaklah begitu seronok. Di kala ini, anak-anak muda yang energetik ingin meluahkan ekspresi diri masing-masing. Silap mereka hanyalah ia diluahkan dengan cara yang jijik.
Namun, sila lihat di Kelantan, apakah hiburan yang sesuai untuk remaja disediakan? Hiburan bukan sekadar tempat-tempat judi, karaoke atau panggung wayang tetapi mempunyai maksud yang luas mengikut intepretasi tertentu. Hiburan yang melibatkan aktiviti-aktiviti sihat adalah satu cara untuk meningkatkan jati diri. Saya pernah diberitahu mengenai pertandingan penguasaan kenderaan pacuan empat roda, pertandingan go-cart di Kelantan, tetapi berapa ramailah yang boleh menyertainya. Di Kelantan, usah bercerita pasal “theme park” walau sesederhana Lost World of Tambun Water Park (Ipoh), padang permainan kanak-kanak yang decent pun sukar ditemui.
Zaman kanak-kanak saya yang indah adalah di Kg Lundang, Kelantan. Saya amat bangga dengan tempat saya membesar walaupun ketika itu kami juga tiada taman permainan. Dahulu kami dapat bermain di bawah rumah yang bertiang tinggi, menyelinap di kebun-kebun getah mencari biji getah, meraduk lopak-lopak air menangkap berudu, memanjat pokok-pokok jambu batu dan pelbagai lagi. Tetapi zaman telah jauh berubah. Jelas sekali saya tidak dapat bayangkan untuk membesarkan anak sendiri di sana tanpa “play-park areas” seperti yang saya dan anak sekarang nikmati.
*Ini satu lagi kenyataan yang memungkinkan saya dilarang memasuki negeri sendiri dengan gambar-gambar poster muka saya dipangkah besar dan digantung di setiap jalan masuk ke Kelantan !*
Saya berharap kita sedar, program keagamaan sahaja tidak mencukupi untuk perisian masa buat remaja. Saya tidak katakan program keagamaan itu tidak baik tetapi sekiranya kita berjaya membentuk sahsiah dan jati diri remaja dengan hanya program keagamaan, tanggungjawab ibu bapa dan pihak bertanggung jawab tentulah sesuatu yang sangat mudah. Berpijaklah di dunia nyata. Program masjid bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterapkan bagi golongan remaja, walaupun kita amat berharap untuk itu terjadi.
Hendak tak hendak, kita harus melihat potensi pendekatan lain contohnya extreme sports yang memang mengikut naluri remaja. Atau sekurang-kurangnya anjuran rat race, independent summer camps, paintballs, kayaking…. Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan.
Objektifnya adalah sangat ringkas, supaya ramai di antara kita dapat melihat perbuatan vandalisme bukanlah suatu perbuatan yang hebat kerana terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dieksplorasi.
Dengan ini, tamatlah sudah siri Piala Malaysia tulisan saya :)
Sunday, November 22, 2009
Piala Malaysia 09 - my experience : Kelantan vs Negeri Sembilan
Di dalam perjalanan keluar dari surau, saya terdengar seorang lelaki menyatakan kepada isterinya : “Tok payoh masuk lah neh dale stadiung, abe tok ‘de nok caghi tekek. Buke tok sey beli, tak dok etek….”
Bermaksud “Tak perlu masuk ye ke dalam stadium. Abang tak sempat nak cari tiket. Bukan tak nak beli, tiada lagipun.”
Si isteri seolah-olah menerima tanpa bantahan. Saya tidak berpeluang untuk melihat air mukanya kerana itu hanyalah kejadian sepintas lalu di tepi saya sahaja.
Di dalam hati saya berkata. “Salute you lady”. Kalau saya berada di tempatnya sudah tentu ada sesuatu yang keluar dari mulut saya seperti : “What! No ticket? What the h*** then I’m gonna do outside here? No ticket for me means no ticket for you as well. Lets go home.”.. ~Leter-leter~leter~leter~
Sebaik sebelum masuk ke dalam stadium Harris mengutarakan kepada saya, mungkin saya mahu menimbang untuk duduk di pihak penyokong Negeri Sembilan. Secara terang, tempat duduk di pihak sana nampaknya lebih banyak yang kosong. Saya berkira-kira ada baiknya juga cadangan tersebut. Lagi pun Negeri Sembilan bukanlah satu negeri yang asing bagi saya.
Memanglah saya ni anak Kelantan tulen, kedua-dua ibu dan bapa saya orang Kelantan.
Tetapi Negeri Sembilan teramat dekat di hati saya. Selama lima tahun saya bersekolah asrama di sana. Tempoh waktu membesar yang menyeronokkan saya habiskan di Tanah Adat itu. Makanannya menjadi santapan saya. Selepas habis bersekolah, saya pergi buat sementara waktu dan pulang kembali untuk bekerja. Rezeki saya ada di sana. Ketika bekerja, saya mengumpul ramai kawan yang asalnya dari Negeri Sembilan. Setiap hari mendengar percakapan loghat Negeri yang juga tidak kurang syoknya.
Di negeri bertuah itu jugalah saya bertemu dengan saudara Harris yang merupakan salah satu anugerah terbaik buat saya setelah saya gagal cinta pertama dan tetapkan minda untuk tidak mahu jatuh cinta lagi sehingga saya pasti – “This is it”. cheeeeeeWAH.
Harris kemudiannya adalah lelaki yang saya kahwini. Setelah berkahwin saya juga tinggal di Seremban, Negeri Sembilan walaupun itu bermaksud saya terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk berkerja setiap lima hari seminggu (saya telah berpindah tempat kerja setelah tamat Ijazah Kedua). Bukan calang-calang orang yang boleh berbuat demikian.
Sekarang tinggal di apartment, kadang-kadang saya rindukan jiran sebelah rumah saya di Seremban, seorang makcik tua berbangsa Sik. Dia saban hari akan menunggu saya pulang dari pejabat di anjung rumahnya hanya untuk menanyakan : “Hello Yanti, you only reach home, how are you? are you tired?” Saya akan senyum kepadanya dan menjawab : “Hi, yes very tired, aunty… You haven’t sleep?” Kami kemudiannya akan masuk ke rumah masing-masing. Paling saya selesa, kami saling tidak “busy-body” dan saya tidak pernah menerima soalan “When are you going to have a baby” daripadanya. Walaupun tidak “busy-body, her ice-breaking conversation" adalah sesuatu yang sungguh menyenangkan.
Jika dibandingkan dengan sekarang, saya hanya sekali terserempak dengan isteri jiran sebelah rumah saya selama hampir dua tahun tinggal di rumah sekarang walaupun pintu apartment kami hanya dipisahkan oleh dinding setebal 4 inci. Ini cerita benar … Hanya sekali dalam hampir dua tahun dan saya pun telah lupa akan rupa parasnya.
Si Kecil Embun juga dilahirkan di sana walaupun ketika itu kami telah pun berpindah ke Ampang. Sehingga kini kami masih kerap turun ke Seremban kerana masih merujuk Pakar Kanak-kanak yang sama untuk Si Kecil Embun. Jika pun tidak ke hospital kami akan sengaja pergi kesana untuk melewati kedai-kedai makan yang menjadi kegemaran kami di hujung minggu. Nasib baiklah Seremban itu tidak jauh dalam erti kata di dalam negeri berjiran dengan tempat tinggal kami sekarang.
Pendek kata hampir 10 tahun saya mengenali Negeri Sembilan, dan itu adalah hampir satu per tiga dari umur saya sehingga sekarang. Tempoh itu juga hampir sama dengan jangkamasa saya tinggal di negeri sendiri Kelantan kerana hidup saya ini banyak berkelana.
Panjang lebar saya berkisahkan diri saya dan Negeri Sembilan, namun kami tetap memilih pintu pagar untuk penyokong Kelantan kerana di sudut hati, saya adalah Kelantanese……………………. And I came to support my countryman. Amacam ? bersemangat tak saya malam itu?
Sebaik melepasi pintu pagar stadium, beg saya diperiksa dan pengawal keselamatan menjumpai dua botol berisi air di dalamnya. Ia adalah tidak dibenarkan dan merupakan sesuatu yang tidak kami ketahui. Oleh itu, saya dan Harris terpaksa menghabiskan 600ml air minuman kosong dan 600ml air ribena setiap seorang di hadapan pintu pagar itu juga.
Lautan manusia bebaju merah meliputi 2/3 kapasiti stadium benar-benar membuatkan saya teruja dan terkesima. Sorakan Gomo Kelate Gomo menaikkan semangat, saya secepat kilat mengirimkan sistem pesanan ringkas kepada kawan sekerja seorang penyokong tegar Selangor, berbunyi “Kalau sorak, 200% Kelantan dah menang malam ni”
Sunday, November 15, 2009
Piala Malaysia 09 - my experience : So many of us
Perasaan saya begitu berbelah bahagi untuk bersama-sama pergi menyemarakkan suasana Stadium Bukit Jalil bagi menyokong pasukan bolasepak negeri saya yang telah kesekian 39 tahun tidak dapat memasuki peringkat akhir Piala Malaysia.
Pertamanya, saya tidak pasti jika saya pergi menonton perlawanan tersebut perlukah saya membawa sekali Si Kecil Embun. Tidak sampai hati untuk ditinggalkan tetapi dalam masa yang sama begitu was-was dengan keselamatan di stadium yang saya pasti akan dipenuhi dengan pelbagai ragam manusia.
Keduanya, memang benar saya seorang peminat Sukan… segala jenis sukan tetapi Bolasepak agak tidak menarik perhatian saya. Secara jujur : “I only watch World Cup for football, not even EPL”, pergh… itulah kenyataan berlagak saya.
Oleh itu, saya kurang kenal dengan pemain-pemain bolasepak liga kebangsaan kecuali yang ada skandal atau gosip-gosip hangat dengan artis-artis tempatan dan cerita-ceritanya seringkali keluar di akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Pancaindera. :P. Contohnya, yang kahwin lari di Siam.
Saya diyakinkan oleh ibu saudara, Cik Ra supaya tidak membawa Si Kecil Embun dengan kata-katanya – “Ish…. Tok soh laaaaah bawok Nada, awok tahula penyokong Kelate.. jenih palo anging-anging belako. Kalu jadi gapo-gapo gak mudoh sikik kito nok laghi ko… teghejung ko…” bermaksud – “Ish… jangan bawa Nada, awak tahukan (karakter) penyokong Kelatan, jenis kepala angin semuanya. Kalau terjadi sesuatu (yang tidak elok) mudah sikit, nak lari ke … terjun ke…”
Ia diputuskan – ya, saya tidak membawa Si Kecil Embun ke stadium. Jika diingatkan, saya memang jarang benar meninggalkan Si Kecil Embun jika hendak kemana-mana kecuali bekerja waima kepada neneknya sendiri. Saya fikir sehingga umurnya hampir dua tahun ini, tidak sampai kiraan jari yang sebelah tangan dia ditinggalkan. Saya tidak betah memikirkan orang lain akan terpaksa bersusah menjaga anak kesayangan ketika saya bersuka-ria kecuali orang tersebut dibayar atau dibalas secara berpada.
Perjalanan ke stadium sangat menyeronokkan apabila saya dan Harris memilih untuk menaiki sistem transit aliran ringan STAR. Sesampainya kami di stesen Ampang, kegembiraan mula dirasai dengan hanya melihat ramai yang memakai baju berwarna merah dan bercakap di dalam dialek yang begitu sedap di halwa telinga saya. “Gu gak naik gha, ‘jadi!”
Kami ketika menunggu tren, terpaksa beralah kerana sangat padat dengan sengaja membiarkan beberapa tren lebih awal berlalu pergi.
Apabila gerabak STAR yang menuju ke Sri Petaling tiba, sorakan WWWWOOOOO bergema seolah-olah ucap selamat di antara yang berada di dalam gerabak dan di atas platform kerana rata-ratanya berbaju merah menandakan “KITA DARI KAPAL YANG SAMA”.
Tren yang sesak seperti waktu puncak di hari-hari bekerja
Ya, saya memang suka diambil gambar... walaupun dalam tren yang bagaikan tin dipenuhi makerel.
Meriah suasana di stesen-stesen STAR sudah tentu tiada tandingan dengan suasana di sekitar stadium. Saya terpesona kerana dari dalam tren sudah kelihatan betapa ramainya “set-set” penyokong skuad Gomo Kelate Gomo yang kelihatan bagai semut merah menghurungi gula batu.
Saya tidak berbaju merah, begitu juga pasangan saya..........
Ulat-ulat yang menjual tiket secara “pasaran gelap” menyambut kedatangan kami. Tiket berharga RM 20 dijual RM 50 ~ 60, yang mana sejam sebelum perlawanan bermula dijual pada harga RM 5!
Dalam keghairahan yang hadir untuk menonton perlawanan bolasepak, saya kagum pada yang mengambil kesempatan untuk berniaga, seperti Bangla di belakang saya di dalam foto ini!
Harris berkeras untuk tidak membazirkan RM 1 duitnya, walaupun saya bersunguh-sungguh meminta dibelikan kain lilit kepala. Saya lagi-lagi lah tidak ingin membazirkan RM 1 duit saya sendiri. Betapa kedekutnya kami berdua! Walau demikian, kami tidak lupa membeli untuk Si Kecil Embun sehelai kemeja T putih dengan nombor 23 berharga RM 15 sebagai cenderahati walaupun ia sebenarnya adalah untuk merawat rasahati yang bersalah. :)
.........bersambung...